Thursday, May 21, 2015

NASI LEMAK SEDAP & RINGKAS

Assalamualaikum u ols..

Excited betoi daku rini nak share resepi nasi lemak yg sgt senang & sedap ni. Sebelum ni pernah buat tapi hampeh. Malas nak bebel pepanjang.. Nah resepinya.. Utk 2-3 org makan..

Nasi:
Beras 2 ½ pot
Santan kotak 200ml
Garam sesudu kecil
Serai - optional
Halia - optional
Daun pandan - optional

    * Daku letak serai je sbb halia & daun pandan tarak. Malas p kedai ;p

1) Basuh beras cam biasa
2) Masukkan santan kotak + air cam biasa (lebihkan sikit. Nak rasa lemak lg, lebihkan santan)
3) Masukkan garam
4) Ketuk serai & masuk dlm periuk
    * Bila dah masak, gaul² nasi tu. Kalau cam keras letak air panas sikit kira² setengah cawan je.

Sambal tumis:
Bawang putih 2 ulas - tumbuk
Bawang merah sebiji - tumbuk
Bawang besar sebiji - hiris
Cili boh 4 sudu besar
Minyak masak secukupnya utk tumis
Bilis (digoreng dulu - taknak pon takpe)
Sos cili sesudu besar
Garam dan gula secukup rasa

1) Panaskan minyak masak
2) Tumis bawang putih+merah yg ditumbuk
3) Masukkan cili boh - masak smpai pecah minyak
4) Masukkan cili sos & bawang besar
5) Rasakan garam & gula

Settle.. Boleh makan dah.. Yang nak tambah telur dadar ke telur rebus ke kacang goreng ke bilis goreng ke timun ke.. Sila la tambah sendiri ye. Takkan tu pon nak resepi ye tak?? Hihihi..

Selamat mencuba.. Sesape nak amek je. Halal dunia akhirat..

KLIK NI PULAK =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...