Wednesday, March 17, 2010

MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR


::: KPLI JANUARI 2010 :::







::: MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR :::

Tuesday, March 16, 2010

Nilai-Nilai Keguruan

Nilai-Nilai Keguruan

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

sumber : http://www.cikgublog.com

KPLI Ambilan Jun 2010

KPLI Ambilan Jun 2010

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLR SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  • Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikut Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Cara Mengemukakan Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
  • Tarikh tutup permohonan : 21 Februari 2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru, silalah memohon kursus ini. Sekian terima kasih.

sumber : http://www.cikgublog.com

KLIK NI PULAK =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...