Thursday, May 21, 2015

NASI LEMAK SEDAP & RINGKAS

Assalamualaikum u ols..

Excited betoi daku rini nak share resepi nasi lemak yg sgt senang & sedap ni. Sebelum ni pernah buat tapi hampeh. Malas nak bebel pepanjang.. Nah resepinya.. Utk 2-3 org makan..

Nasi:
Beras 2 ½ pot
Santan kotak 200ml
Garam sesudu kecil
Serai - optional
Halia - optional
Daun pandan - optional

    * Daku letak serai je sbb halia & daun pandan tarak. Malas p kedai ;p

1) Basuh beras cam biasa
2) Masukkan santan kotak + air cam biasa (lebihkan sikit. Nak rasa lemak lg, lebihkan santan)
3) Masukkan garam
4) Ketuk serai & masuk dlm periuk
    * Bila dah masak, gaul² nasi tu. Kalau cam keras letak air panas sikit kira² setengah cawan je.

Sambal tumis:
Bawang putih 2 ulas - tumbuk
Bawang merah sebiji - tumbuk
Bawang besar sebiji - hiris
Cili boh 4 sudu besar
Minyak masak secukupnya utk tumis
Bilis (digoreng dulu - taknak pon takpe)
Sos cili sesudu besar
Garam dan gula secukup rasa

1) Panaskan minyak masak
2) Tumis bawang putih+merah yg ditumbuk
3) Masukkan cili boh - masak smpai pecah minyak
4) Masukkan cili sos & bawang besar
5) Rasakan garam & gula

Settle.. Boleh makan dah.. Yang nak tambah telur dadar ke telur rebus ke kacang goreng ke bilis goreng ke timun ke.. Sila la tambah sendiri ye. Takkan tu pon nak resepi ye tak?? Hihihi..

Selamat mencuba.. Sesape nak amek je. Halal dunia akhirat..

Monday, July 14, 2014

CUCI CUCI CUCI...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Malam ni mood nak cerita pasal kerja² pembersihan sebab baru lepas cuci mencuci toilet yang daku rasa ada satu bahagian tu payah betoi nak hilang. Stress mak nak... Bhahahaha...
Tapi dengan menggunakan Basic H² (pencuci serba guna, serba hebat, serba selamat ni..) Blinggggg hilang..

Macam mana nak guna? Tuang satu botol ke? Ehhh..idok ler gitu... Daku letak 5-6 titis Basic H² dalam spray bottle, then tambah air paip (hampir penuh spray bottle tu). Jimat tak? =p

Lepas tu, spray ke kawasan yang dikehendaki, tunggu 2-3 minit ye (tak nak tunggu pon tak pe). Berus macam biasa. Kalau selalu tu kena extra tenaga untuk menyental, tapi ni berus ala² sopan santun gitu haaaa... Taddaaaa...hilang. Yang payah nak hilang tu pon lesap dengan mudah. Semudah 1,2,3.. =D

Raya dah nak dekat, confirm sesi kemas mengemas, cuci mencuci akan berlangsung dengan meriah. Boleh la guna Basic H² ni untuk memudahkan kerja sebab kegunaannya pelbagai. Dari mencuci cermin, minyak, gris, lantai, ehhhh macam² la.

Harga pon sangat affordable. Sebotol boleh tahan hingga setahun atau lebih tau.. Ye la, dah kalau guna bukan banyak pon, sikit je cukup. Lagi pulak bebas dari bahan kimia, selamat untuk kesejahteraan kami anak beranak. Bhahahaha...

Nak lebih info??
Nak lebih tips??
Nak tanya macam²??

Hubungi :
Noorul Noordin
SID : 1067079
Pm/whatsapp : 012.7590357

Thursday, July 10, 2014

PETUA KULIT CERAH BERSERI

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Apa khabar korang harini? Puasa tak? =p
Oke.. Sementara nak tunggu waktu berbuka puasa, daku nak share 1 petua yang sangat² ohsem.. Petua nak dapatkan kulit yang cerah sekata & berseri. Tak percaya korang try nanti.. Pheewwww...

Pernah dengar ESP?
Ekceli ESP ni adalah soya non GMO (tanpa bahan kimia), untuk dibancuh & di minum. Sesuai untuk semua lapisan umur kecuali kanak² 12 tahun dan ke bawah. Banyak khasiatnya.. Nanti daku story kelebihan ESP ni ek. Simpan untuk next entri.. Bahahaha
Selain dibancuh, ESP ni boleh dijadikan masker tau korang²..

Hisshhh panjang pulak daku membebel.. So nak petua? Oke, sila ambil pen & kertas.. Salin ni..

BAHAN²
-1 scoop plain yogurt (jangan guna perisa stoberi etc ek)
-1 sudu ESP

CARA²
-Gaul sebati yogurt & ESP
-Pakai terus kat muka kecuali kawasan mata & mulut
-Biar 15-20 minit @ sehingga kering
-Cuci dengan air suam

Tadaaaaa... Tu je..
Cuba buat selalu, lepas tu jangan nyesal tau bila kulit korang jadi cerah, halus, mulus, gebus.. Ini sirius, bokan cobaan..

*Selalunya daku add vitamin E & vitamin C.. Sangat terbaik Alhamdulillah..

Nak try??
Nak lebih petua??
Hubungi : Noorul 012.7590357
SID : 1067079

Tuesday, July 8, 2014

TIPS KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Apa khabar pembaca² blogku? Bahahaha (berangan ramai follower nih..)
Puasa tak ni? Haaa.. Bagi yang tak mampu, anggaplah tu ujian dariNya. Yang mampu berpuasa jangan plak buat² tak mampu ye.. Bagi ibu² yang menyusukan/hamil, kalau tak larat jangan diteruskan..

Sesuai dengan entri daku harini, tips kekal cergas di bulan puasa bagi ibu yang menyusukan/hamil. Fokus kat ibu² harini sebab daku salah seorang ibu yang menyusukan.. Yang lain jangan jeles oke.. Bahahaha

Dah.. Jom check tips kekal cergas tu..

AMALKAN :

1) Sentiasa YAKIN Allah akan cukupkan susu/khasiat/zat kepada anak/janin
2) Banyakkan DOA & ZIKIR
3) Pam seperti biasa. JANGAN SKIP sesi pam & penyusuan tau
4) Ambil makanan tinggi SERAT semasa bersahur
5) Ambil sumber PROTEIN & KALSIUM secukupnya
6) Ambil BUAH²AN & makanan BERKUAH di malam hari
7) Minum AIR MASAK sekurang²nya 2-3 liter selepas berbuka hingga sahur
8) Ambil SUPLEMEN jika perlu

ELAKKAN :

1) Makanan BERGORENG & BERLEMAK
2) Makanan yang tinggi GULA, GARAM & MSG
3) Makanan SEGERA & yang DIPROSES
4) Minuman BERKAFEIN & BERGAS kerana ia boleh menghalang penyerapan zat² makanan oleh badan
5) Makanan BEREMPAH & PEDAS

Pengambilan suplemen dapat membantu meningkatkan tahap kecergasan ibu² yang menyusukan/hamil ni. Cadangan daku set MIGHTY 3 GEMS :
- ESP
- PERFORMANCE DRINK
- MEALSHAKE

Resepi daku di bulan puasa ni?
Sahur = Esp+Pd+Mealshake+madu
Iftar = Pd+madu

** Setiap kali sahur & iftar wajib 3-5 biji kurma untuk daku

Sepanjang amalkan set ni, bukan kata tak penat langsung. Memang sangat² kurang penat & letih. Rasa dahaga pon kurang. Memang jauh sangat beza bila ambil & bila tak ambil. Ini sirius... Bahahaha

Apa yang ada dalam MIGHTY 3 GEMS ni sampai daku boleh cergas sampai ke saat akhir sebelum waktu berbuka?
Next entri nanti daku bagitau naaaa...

Nak tips² lain?
Nak tanya macam² lagi?
Nak order?
Sms.whatsapp Noorul 012.7590357

Atau..
Untuk order, ibu² boleh klik link bawah ni :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80e49ec0903f1e8fa1a81df33841d6b1


Friday, July 4, 2014

Akhirnya aku terjebak..

Aku tau apa tu supplement tapi tak tergerak hati nak amalkan atas alasan trauma. Asal nak telan je mesti sangkut kat tekak, terus muntah. Ubat pon sama.. Grrrr...

Masa disahkan preggy (4/2012) dengan berat hati aku telan asid folik tu hari². Itupon lepas search kesan kekurangan asid folik untuk ibu & bayi.

Bila cecah 7 bulan, aku selalu mengalami cramp yang kronik x kira masa. Paling sadis bila kena time drive, berhenti tepi la (harus la meraung oke..). Bermula lagi pencarian tentang sumber kalsium yang oke & selamat. At last order Ostematrix Shaklee dari classmate form 6. After a week consume baru perasan dah jarang cramp (kalau ada pon tak sesadis dulu). Yang paling tak sangka tulang puggung pon tak rasa sengal dah. Bahahaha...

Bila dah oke sikit, aku jarang² amek (ni la teruknya manusia bernama Noorul ni). Ye la, dah kurang rasa sakit kan. So far, oke je.

Now cerita 8 bulan lepas bersalin (8/2013-jauh tak aku skip? bahaha..)

Alkisah aku ni breastfeed tapi anak aku ni keje nak melekat je. Even susu banyak, tapi susu aku cair (sorry but its true.) Bermula la pencarian aku tentang pemakanan ibu menyusu & makanan kesihatan yang lain.

Allah nak buka rezeki untuk kawan baik aku masa kat IPG, Shahrun Izzah. Dia post pasal set penyusuan basic. Aku pon godek² & close deal (senang tak berurusan dengan aku beq? Bahahaha)

Dipendekkan cerita (skip lagi +..+ ), dekat 2 bulan aku consume, dengan izin Allah, Alhamdulillah ada perubahan. Bukan setakat susu, badan cergas & kulit tak kering even berjemur kat padang. So aku decide nak repeat order & terpikir nak join. Jadilah aku anak shaklee ibu Izzah bulan 10/2013. Bahahaha

Akhirnya aku terjebak & setia hingga sekarang untuk menambah nutrisi harianku. Tiada lagi istilah trauma (kadang² tersangkut jugak). Semua demi kesihatan & keluarga atas izinNya. Permudahkan urusanku ya Allah. Amin..

P/s : Bagi yang masih trauma - Nak seribu daya, tak nak memang takkan berdaya. Bahahaha

#salamsayang
#sayajualshaklee
#truestorytelling
#noorulnoordin
#0127590357

Sunday, November 10, 2013

:::Penuaan??:::

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Okeh.. Aku assume mengkome dah baca entry sebelum ni pasai ramuan hebat VIVIX dan juga kebaikan2 VIVIX ni.

Jadi, kenapa VIVIX perlu dijadikan pilihan?

Sebab.. VIVIX ni berkebolehan mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. Bukan kita menolak hukum Allah, muda lawannya tua tetapi tak salah mencari sesuatu yang halal untuk kebaikan kesihatan (bukan untuk gah & bangga diri dengan kejelitaan diri setelah pakai VIVIX ni). kih kih kih

Errmm.. Apa tu penuaan pada tahap selular?

Penuaan tahap selular tu ialah sel kita semakin tua atau hilang/kurang fungsinya selari dengan peningkatan usia, juga disebabkan oleh pemakanan dan persekitaran. Terdapat 4 mekanisme penuaan pada tahap selular. Jom baca.. (jangan malas naaa..)

  1. Kerosakan DNA - Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang akan merosakkan DNA. Serangan-serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik dan akan mengganggu fungsi sel.
  2. Pengawalan genetik - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama (ujian klinikal terbaru) menunjukkan, ramuan VIVIX berupaya mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
  3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan VIVIX menggalakkan biogenesis (pembentukan sel baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
  4. Penimbunan protin AGE - Penimbuhan berlebihan protin AGE (Advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu kekuatan/keutuhan sel. Ramuan VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalan anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
Okeh!! Dah dapat info kan? Best kan VIVIX ni? So, jom dapatkan khasiat VIVIX untuk diri sendiri, untuk parents.. Promosi VIVIX November 2013, beli 6 percuma 1. Gile kentang! Jimat berpuluh ringgit untuk sebotol VIVIX.. Fuuhhhhh…


Noorul Noordin
ID : 1067079
Sms/Whatsapp : 012-759 0357
www.facebook.com/healthywealthycorner

:::Kebaikan tonik ajaib:::

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Entry sebelum ni dah bebel pasai ramuan terhebat dalam VIVIX kan? Okeh jom tengok next cerita pasai VIVIX ni...

Apa khasiat  utama VIVIX ni?

  • Melindungi dan memperbaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)
Selain itu, VIVIX juga membantu menjaga dan memelihara :
  • Kesihatan jantung
  • Kesihatan otak
  • Kesihatan sendi
  • Kesihatan kardiovaskular
  • Kesihatan sistem imun badan
  • Perlindungan antioksidan
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular

Fuuuyyohhhh!! Terbaiklah khasiat VIVIX ni. Jom dapatkan VIVIX untuk diri sendiri, untuk parents.. Promosi VIVIX November 2013, beli 6 percuma 1. Gile kentang! Jimat berpuluh ringgit untuk sebotol VIVIX.. Fuuhhhhh…

Noorul Noordin
ID : 1067079
Sms/Whatsapp : 012-759 0357
www.facebook.com/healthywealthycorner

KLIK NI PULAK =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...